Friday, 25 January 2013

Gerak Gempur Daerah Mengundi Kg Tua dan Lambor Kanan terlaksana dengan jayanya.


Bermula dengan usaha mengadakan Simulasi Pilihanraya di kawasan rumah asal keluarga saya, Keadilan Cabang Parit dengan kerjasama ahli keluarga terdekat, para sukarelawan dan penyokong Pakatan Rakyat SIMULASI PRU13 telah terlaksana dengan jayanya pada 25.12.2013. Para petugas pilihanraya dan Jentera telah pun dikenal pasti bagi membantu usaha Keadilan menawan kerusi DUN Bota. Insha Allah....
   


25 hari selepas tarikh di atas, sekali lagi di Kampong Tua, program Pentas Suara Anak Muda mengambil tempat di Bilik Gerakan DUN Bota di Kampong Tua. Adam Adli menutup bicara begitu ramai suara anak muda.

Tuan Haji Ramli memulakan ucapan awalan diikuti oleh Pengarah Pilihanraya, Tuan Haji Ma'amor. Saudara Basyar mempengerusikan acara seterusnya menjemput Ketua Cabang, Tuan Haji Usaili dan Ustaz Zulkifli untuk terus memaluka gendang perang.

Kita amat menekankan soal kesetian kepada perjuangan dan intipati kerohanian yang digagahi dengan Solat Malam Qiyam Allail.

Saudara Ahmad Akhdhor seterusnya memalu Suara Anak Muda dengan megulangi tentang peri pentingnya soal menghormati Rumah Allah dengan merujuk kepada projek baik pulih Masjid Jabariah, Lambor Kiri yang masih tertangguh.

Sdr Akhdhor menekankan soal Masjid yang diabaikan pembaikpulihannya bukanlah isu politik per se kerana isu tersebut adalah soal maruah Ummat Islam keseluruhannya.

Dr Meor, ketua AMK Perak menggariskan perjuangan anak muda dalam nada yang tegas dan bersahaja sebelum Pentas Anak Muda ini disimpulkan oleh kata-kata perjuangan oleh anak muda mahasiswa yang bernama Adam Adli.